logo

Select Sidearea

Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com
+1234567890

Terma dan syarat

Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web CyberVengers.club

 

 

PERKARA 1: Tujuan

Terma dan Syarat Penggunaan ini bertujuan memberi rangka kerja undang-undang bagi penggunaan laman web CyberVengers.club dan perkhidmatannya dan untuk menetapkan peraturan-peraturan kepada kandungan pembelajaran bentuk digital di dalam laman web CyberVengers.club

Terma dan Syarat Penggunaan ini dimeterai antara:

● Pengendali laman web, kemudian daripada ini dirujuk sebagai Penerbit dan

● Individu atau entiti yang ingin mengakses laman web dan perkhidmatannya, kemudian daripada ini dirujuk sebagai «Pengguna». 

Terma dan Syarat Penggunaan ini mesti diterima oleh semua Pengguna, dan akses mereka ke laman web ini merupakan penerimaan sepenuhnya kepada syarat-syarat ini. Penerbit laman web CyberVengers.club berhak, mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa notis awal, mengubah suai, memadam atau menambah Terma dan Syarat Penggunaan ini pada bila-bila masa untuk mengambil kira sebarang perubahan undang-undang, perundangan, editorial dan/atau teknikal. Oleh itu, Pengguna hendaklah kerap merujuk kepada versi terkini Terma dan Syarat Penggunaan ini.

 

 

PERKARA 2: Akses ke laman web CyberVengers.club

Laman web CyberVengers.club bertujuan untuk membantu remaja, terutamanya pelajar sekolah (11-14 tahun), memahami risiko dalam talian dan mempelajari tingkah laku yang betul yang akan membolehkan mereka menggunakan Internet dan media sosial dengan selamat, dengan memberikan mereka kandungan pembelajaran yang menyeronokkan yang juga melibatkan penyertaan ibu bapa, para pendidik dan rakan kongsi.

Pengguna laman web CyberVengers.club mempunyai akses kepada perkhidmatan berikut:

– Episod-episod komik manga (format Webtoon)

– Kuiz

– Penerangan watak, grafik dan ilustrasi

– Bonus untuk dikongsi: poster, episod boleh cetak, GIF

– Kit pendidikan

Mana-mana Pengguna yang mempunyai akses Internet boleh melayari laman web CyberVengers.club secara percuma dari mana-mana sahaja. Sebarang kos yang ditanggung oleh Pengguna untuk mengakses laman web ini (sambungan Internet, peralatan komputer, dll.) bukanlah tanggungjawab Penerbit.

Laman web CyberVengers.club dan perkhidmatannya mungkin terganggu atau digantung oleh Penerbit, termasuk untuk tujuan penyelenggaraan, tanpa notis pemberitahuan atau justifikasi.   

 

 

PERKARA 3: Tanggungjawab Pengguna

Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas penggunaan mana-mana maklumat dan Kandungan di laman web CyberVengers.club.

Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas sebarang kerosakan langsung atau tidak langsung akibat daripada penggunaan laman web CyberVengers.club. 

Pengguna mengaku bahawa mereka menyedari risiko tertentu yang dikaitkan dengan penggunaan Internet, rangkaian dan khususnya mengenai fakta bahawa rangkaian tidak bebas daripada virus. Oleh itu, untuk melindungi terminal yang mereka gunakan daripada virus dan risiko tertentu lain yang berkaitan dengan penggunaan Internet, adalah disarankan agar Pengguna menggunakan perisian anti-virus. Tertakluk kepada langkah-langkah terbaiknya untuk memastikan tahap keselamatan perkhidmatannya mengikut perkembangan terkini, Penerbit tidak bertanggungjawab untuk pencemaran oleh mana-mana virus yang terdapat dalam rangkaian.

 

 

PERKARA 4: Tanggungjawab Penerbit

Laman web CyberVengers.club komited untuk melaksanakan semua langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan data. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat memberi jaminan keselamatan yang menyeluruh.

Penerbit berhak untuk tidak menjamin kebolehpercayaan sumber-sumber, walaupun maklumat yang diterbitkan di laman web dianggap boleh dipercayai.

Penerbit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan atau gangguan dalam ketersediaan atau penggunaan laman web CyberVengers.club yang berkaitan dengan, atau akibat daripada:

– Kes force majeure, seperti yang ditakrifkan dalam artikel 1218 French Civil Code (Kanun Sivil Perancis) dan dalam keputusan kes mahkamah yang berkaitan

– Penyalahgunaan dan/atau ketidakpatuhan Pengguna terhadap Terma dan Syarat Penggunaan laman web CyberVengers.club;

– Sebarang kehilangan, kerugian, atau kemerosotan yang mungkin mengubah peralatan komputer anda, akibat daripada kesalahan Pengguna;

– Kegagalan pelaksanaan atau pelaksanaan tanggungjawab yang tidak memuaskan oleh pengendali atau pembekal perkhidmatan Internet Pengguna.

 

 

PERKARA 5: Harta Intelek

Semua kandungan yang diterbitkan di laman web CyberVengers.club, termasuk tetapi tidak terhad kepada struktur/reka bentuk laman web CyberVengers.club, kandungan editorial, video, teks, bahagian, lukisan, ilustrasi, foto, imej, bunyi, peraduan dan sebarang kandungan yang terdapat di laman web CyberVengers.club dan/atau mana-mana elemen lain yang merupakan sebahagian daripadanya («Kandungan tersebut»), boleh ditafsirkan sebagai karya mengikut maksud peruntukan dalam Perkara L.112-1 dan merujuk kepada French Intellectual Property Code (Kod Harta Intelek Perancis) atau kandungan yang dilindungi di bawah hak yang sama dengan hak cipta dalam definisi peruntukan Perkara L.211-1 dan mengikut French Intellectual Property Code (Kod Harta Intelek Perancis).

Dalam penggunaan Perkara L. 122-4 French Intellectual Property Code (Kod Harta Intelek Perancis), Pengguna mesti mendapatkan kebenaran Penerbit Laman Web sebelum sebarang pengeluaran semula, penyalinan atau penerbitan Kandungan yang berlainan ini.

Laman web CyberVengers.club hanya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan sahaja. Sebarang eksploitasi komersial laman web dan Kandungannya adalah dilarang sama sekali.

Sebarang penggunaan lain, kecuali dengan kebenaran daripada Penerbit dan/atau pemegang hak yang lain terlebih dahulu, merupakan tindakan pemalsuan dan dilarang di bawah undang-undang harta intelek. Sebarang pengeluaran semula tanpa kebenaran, secara keseluruhan atau sebahagian, mana-mana bahan di laman web CyberVengers.club adalah dilarang sama sekali.

 

 

PERKARA 6: Data Peribadi

Laman web CyberVengers.club menghormati privasi Pengguna, menurut undang-undang perlindungan data Perancis bertarikh 6 Januari 1978.

Tiada data peribadi dikumpul oleh Penerbit laman web CyberVengers.club. Hanya alamat IP anonim dikumpul, yang digunakan untuk tujuan statistik sahaja dan untuk urusan pengoptimuman laman web. Alamat IP dikumpul untuk menentukan Pengguna melayari laman web dari negara mana. Data ini dianonimkan serta-merta dan tidak ada cara untuk Penerbit menjejaki identiti Pengguna dengan data ini.

Beberapa ciri tapak web ini memerlukan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pihak ketiga. Jika Pengguna bersetuju (persetujuan), pihak ketiga ini akan mendepositkan kuki yang akan membolehkan Pengguna berinteraksi atau berkongsi kandungan di media sosial mereka melalui, antara lain, butang kongsi (Facebook, Instagram, dan Twitter). Melalui kuki ini, pihak ketiga  boleh mengumpul dan menggunakan data semak imbas untuk tujuan mereka sendiri, mengikut dasar privasi mereka. Laman web CyberVengers.club menggunakan syarikat pihak ketiga berikut:

 

Untuk maklumat lanjut tentang kuki/penjejak, rujuk laman web CNIL: http://www.cnil.fr/vos-droits/vos-traces/les-cookies/

 

 

PERKARA 7: Pautan hiperteks

Pihak ketiga boleh membuat pautan ke laman web CyberVengers.club tanpa kebenaran yang nyata dari Penerbit.

 

 

ARTIKEL 8: Tempoh Terma dan Syarat Penggunaan

Tempoh Terma dan Syarat Penggunaan ini adalah tidak dihadkan. Terma dan Syarat Penggunaan ini adalah berkuat kuasa untuk Pengguna bermula dari kali pertama mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.

 

 

PERKARA 9: Undang-undang dan bidang kuasa terpakai

Terma dan Syarat Penggunaan Am ini dikawal secara eksklusif oleh undang-undang negara Perancis. Sekiranya berlaku pertikaian antara Pengguna dan Penerbit yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik, mahkamah Perancis mestilah  mempunyai bidang kuasa eksklusif.

 

The English text of this terms and conditions shall prevail if there is any conflict or discrepancy between the English text and the Bahasa Melayu translation. 

Teks Bahasa Inggeris bagi terma dan syarat ini akan diguna pakai jika terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris dan terjemahan Bahasa Melayu.