logo

Select Sidearea

Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com
+1234567890

BERSAMA-SAMA

Pesanan untuk ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan kongsi.

Ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan kongsi

Memastikan anak-anak selamat semasa berada dalam talian telah menjadi satu isu penting dan keutamaan bagi kita semua. Ia benar-benar menjadi satu cabaran masyarakat.

 

Kita tahu ancaman digital boleh membawa kesan yang serius untuk golongan remaja: ponteng sekolah, kesunyian, kemurungan, dan pelbagai perkara yang lebih buruk…

 

Kita perlu membantu mereka memahami risiko yang ada agar mereka dapat mengelak risiko tersebut. Laman web yang anda lewati – cybervengers.club – bertujuan untuk mendidik golongan remaja (11-14 tahun) tentang risiko-risiko ini. Kami telah membangunkan laman web ini agar ia menyeronokkan, interaktif, dan bermanfaat untuk mereka.

 

Melalui CYBERVENGERS, satu siri webtoon yang disertai kuiz-kuiz dan pelbagai hadiah, mereka boleh lebih memahami peraturan penggunaan Internet dan dapat mengelak perangkap dengan berfikir sendiri.

 

Memandangkan anda juga ada peranan penting untuk dimainkan, kami telah menyediakan kit sokongan untuk anda.

 

Matlamatnya adalah untuk membantu memulakan perbualan tentang bahaya dalam talian, untuk meningkatkan kesedaran tentang kesilapan yang perlu dielakkan semasa dalam talian, untuk memastikan anak-anak remaja anda sedar tentang risiko yang ada bagi membolehkan mereka melayari Internet dengan selamat.

Apa maksud “siber”?

(Daripada perkataan Yunani “kubernan”, memerintah).

Awalan ini digunakan untuk membentuk pelbagai perkataan yang berkaitan dengan Internet

 

Kamus Larousse

 

Contoh risiko siber: serangan siber, ketagihan siber, buli siber, berita palsu, pancingan data, ketagihan permainan dalam talian, keganasan, kandungan yang menyinggung perasaan, penganas, virus, mesej atau video lucah, pedofillia, penipuan pembelian dalam talian, ketagihan skrin, photoshop dan/atau pengubahan imej, pengintipan siber, kecurian harta intelektual dan sebagainya.

Apa itu webtoon?

Webtoon ialah sejenis komik web digital dari Korea Selatan. Ia dibaca dalam talian dengan menatal (scrolling) iaitu membaca menegak dari atas ke bawah, dengan format segi empat yang direka untuk skrin telefon pintar.

KIT SOKONGAN

Muat turun ia. Anda boleh gunakan kit ini untuk membantu memulakan perbualan anda dengan anak-anak remaja.

PDF BAHASA MELAYU

EPISOD CYBERVENGERS VERSI MANGA BOLEH CETAK

KLIK DI SINI 🙂

ANDA INGIN MENYERTAI KAMI DAN MENYUMBANG KEPADA PENGHASILAN ATAU SIARAN EPISOD-EPISOD CYBERVENGERS?

HUBUNGI KAMI