Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com +1234567890
KEKUATAN DALAM BILANGAN BESAR
Satu lagi kes baharu untuk pasukan CyberVengers!
– Kongsi cerita ini –
– Kongsi cerita ini –
UJI PEMAHAMAN ANDA
Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan tentang buli siber? Cuba kuiz mini kami untuk mengetahui lebih lanjut!
SOALAN 1
Apakah buli siber?
A - Perbuatan agresif dan disengajakan yang dilakukan dalam talian (Internet, media sosial, dan lain-lain) secara berulang, yang bertujuan untuk membahayakan, menakutkan atau mengejek seseorang
Ya. Buli siber merangkumi usikan, penghinaan, ugutan atau menyiarkan gambar memalukan tanpa pengetahuan mangsa.
B - Satu bentuk media sosial baharu untuk berkongsi video sembang
Tidak. Buli siber ialah apabila terdapat beberapa siri serangan dalam talian berulang (Internet, media sosial, dan lain-lain) yang bertujuan untuk menyakiti, menakutkan atau mengganggu seseorang.
C - Menghabiskan terlalu banyak masa menggunakan Internet
Tidak. Ia adalah keagresifan dalam talian yang berulang (Internet, media sosial,dan lain-lain) yang boleh membawa kepada rasa malu, kemurungan, berhenti sekolah, dan juga membunuh diri.
SOALAN 2
Apakah yang perlu anda lakukan jika rakan anda mengugut atau menghina rakan sekelas lain di media sosial?
A - Abaikan kerana ia bukan urusan anda
Tidak. Tidak melakukan apa-apa bermakna anda membiarkan rakan anda mengganggu seseorang. Jika anda menyaksikan perbuatan serius ini, jangan hanya berdiam diri. Cuba berbincang dengan rakan anda dan beritahu orang dewasa yang dipercayai segera.
B - Cuba berbincang dengan mereka dan beritahu orang dewasa yang boleh dipercayai
Ya. Ini perkara pertama yang perlu anda lakukan jika anda menyaksikan pembulian siber.
C - Tinggalkan komen atau menyukai kandungan itu di media sosial
Tidak. Ini adalah buli siber secara pasif. Menyukai atau meninggalkan komen pada kenyataan atau perbuatan yang berniat jahat, meningkatkan impaknya. Jangan lakukan kepada orang lain apa yang anda tidak mahu diperlakukan kepada anda.
SOALAN 3
Jika anda diejek di media sosial, apakah yang perlu anda lakukan?
A - Beritahu orang dewasa yang bertanggungjawab (ibu bapa, guru, ahli keluarga, pegawai polis, dan lain-lain)
Ya. Itulah perkara pertama yang perlu anda lakukan.Jangan rasa malu. Anda dibuli; orang dewasa yang dipercayai boleh membantu.
B - Sekat kenalan yang mengusik anda
Ya. Mereka membuli anda dalam talian. Hanya terima permintaan rakan daripada orang yang anda kenali dan percayai di media sosial. Di samping itu, berhati-hati dengan apa yang anda katakan dan gambar yang anda kongsikan dalam talian.
C - Laporkan pengguna dan hantaran atau tindakan yang dilakukan kepada rangkaian sosial
Ya. Ini boleh membawa kepada penyingkiran pengguna itu dan hantaran-hantaran mereka dari rangkaian media sosial.
D - Segera membalas dengan menyiarkan gambar memalukan pesalah
Tidak! Membalas dendam akan menjadikan anda pembuli siber juga. Ini akan memburukkan keadaan dan juga boleh menyebabkan anda dihukum.