Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com +1234567890
PENGARUH BERBAHAYA
Semua ini hanya untuk meraih "likes" dan jadi popular di rangkaian sosial!
– Kongsi cerita ini –
– Kongsi cerita ini –
UJI PEMAHAMAN ANDA
Adakah anda akan terperangkap dengan ketagihan di alam maya? Cuba kuiz mini kami untuk mengetahui lebih lanjut 😉
SOALAN 1
Perubahan Aïa yang manakah boleh menjadi petunjuk kepada rakan-rakannya tentang isu yang sedang dihadapinya?
A - Dia berbohong kepada rakan-rakannya.
Benar, Aïa mengatakan dia cedera kerana tergelincir di bilik air, tapi sebenarnya dia cedera semasa menyahut cabaran berbahaya untuk jadi popular di rangkaian sosial. Perhatian: ketagihan rangkaian sosial boleh membuat seseorang berbohong.
B - Dia mengelak daripada berjumpa dengan mereka dan tidak meluangkan masa bersama mereka lagi.
Juga benar! Apabila tingkah laku seseorang terhadapa orang lain tiba-tiba berubah, kita harus curiga tentang perubahan tersebut. Ketagihan rangkaian sosial sering membuat orang mengasingkan diri daripada kumpulan sosial mereka yang biasa.
C - Di rumah, dia mengelak makan malam bersama dan sering mengasingkan diri daripada keluarganya.
Juga benar! Mengasingkan diri daripada keluarga dan percaya bahawa kita boleh menggantikan mereka dengan rakan-rakan dunia maya adalah salah satu risiko utama ketagihan rangkaian sosial. Begitu juga ketaksuban mengejar like yang hanya memberi kegembiraan seketika namun meninggalkan seseorang dengan perasaan kosong selepas itu.
SOALAN 2
Apakah risiko yang Aïa ambil untuk meraih « likes »?
A - Mencederakan diri sendiri.
Benar. Untuk menarik perhatian rakan dunia mayanya dan meraih like, dia perlu membuat hantaran video yang hebat dan mengambil risiko melakukan cabaran yang berbahaya.
B - Tiada.
Salah, untuk menarik perhatian rakan-rakan dunia mayanya dan meraih like daripada mereka, dia bersedia mengambil risiko yang berbahaya.
C - Kehilangan kawan-kawannya.
Juga benar! Dengan mengabaikan rakan-rakan dalam kehidupan sebenar dan hanya fokus kepada rakan-rakan di dunia maya, dia mungkin kehilangan kawan-kawannya dan akhirnya keseorangan.
Soalan 3
Adakah seseorang perlu mengehadkan masa dihadapan skrin untuk membebaskan diri dari rangkaian sosial?
A - Ya.
Benar, apabila kita mula ketagih dengan rangkaian sosial khususnya, dan skrin secara amnya, perkara pertama yang perlu dilakukan dialah mengawal dan mengehadkan masa penggunaan skrin. Menyedari betapa lama masa yang diluangkan di hadapan skrin adalah satu perkara yang baik kerana kita sering mengambil ringan perkara ini. Ada aplikasi yang dapat membantu kita mengehadkan masa penggunnaan skrin ini. Kemudian, kita perlu menetapkan masa yang munasabah dan patuhinya. Kita boleh meminta sokongan daripada ibu bapa atau orang dewasa jika perlu.
B - Tidak.
Salah, mengurangkan masa di hadapan skrin adalah penting untuk membebaskan diri daripada rangkaian sosial dan ketagihan berlaku. Dengan memastikan skrin dimatikan pada waktu tertentu, tidak membawa telefon ke dalam bilik tidur serta mendapatkan bantuan daripada kawan atau orang dewasa, ia boleh membantu kita menguasai penggunaan masa kita, mengawal hidup kita dan mengehadkan pengaruh emosi yang terhasil disebabkan penggunaan rangkaian sosial terhadap diri kita.
C - La bergantung pada keadaan…
Benar, Sesetengah orang boleh mengawal masa mereka di hadapan skrin tetapi majoritinya bukan begitu. Jadi, mengehadkan masa di hadapan skrin secara sukarela selalunya adalah perkara pertama yang perlu dilakukan. Dan jika kita tidak dapat melakukannya sendiri, mungkin maksudnya kita sudah ketagih jadi kita perlu mendapatkan bantuan daripada ibu bapa atau orang dewasa.