logo

Select Sidearea

Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com
+1234567890

BERITA HANGAT

Pada pukul 7 pagi, keempat-empat anak muda CyberVengers menerima mesej yang sama: ada berita buruk!

– Kongsikan cerita ini –

– Kongsikan cerita ini –

UJI PEMAHAMAN ANDA

Anda pasti tahu semuanya tentang berita palsu? Cuba kuiz mini kami untuk mengetahui selanjutnya!

SOALAN 1

Pada tahun 1939, cerita rekaan apakah yang disiarkan di radio dan dipercayai para pendengar?

A - Perletakan jawatan Presiden

Tidak! Jawapannya ada di dalam episod ini 😉

B - Bumi diceroboh oleh makhluk Marikh

Ya! Orson Welles, seorang pembikin filem terkenal, menyiarkan rancangan radio di mana dia membaca The War of the Worlds, sebuah kisah tentang pencerobohan makhluk Marikh di Bumi. Rupa-rupanya, ramai orang menyangka ia benar-benar berlaku.

C - Serangan zombi

Tidak! Jawapannya ada di dalam episod ini 😉

SOALAN 2

Bagaimana anda boleh menyemak sama ada berita yang anda dengar adalah benar?

A - Ia dikongsi oleh laman berita yang boleh dipercayai

Ya. Sebelum anda mempercayai apa-apa, sentiasa semak sumbernya!

B - Ia diterbitkan di media sosial

Tidak!Terdapat banyak berita palsu yang tersebar di media sosial. Jangan percaya semua yang anda baca.

C - Ia mempunyai gambar

Tidak! Berhati-hati dengan imej yang disunting, dipalsukan atau diputarbalikkan yang boleh digunakan untuk menjadikan berita palsu kelihatan sahih.

D - Ia mempunyai butiran yang tidak konsisten

Ya! Jika tarikh tidak sepadan dengan cerita, atau jika imej berbeza daripada kapsyen yang disertakan, maka anda harus curiga!

SOALAN 3

Bagaimanakah anda boleh tahu jika anda membaca berita palsu?

A - Tajuknya sangat mengejutkan atau menarik perhatian dan membuatkan anda ingin tahu lebih lanjut

Ya. Berhati-hati menilai maklumat sensasi dan semak silang dengan sumber lain yang boleh dipercayai.

B - Imej yang memberi kesan mendalam yang kelihatan seperti gabungan gambar (montaj).

Ya. Foto yang disunting boleh digunakan untuk menjadikan berita palsu kelihatan boleh dipercayai. Fotonya juga mungkin memang wujud tetapi diambil daripada konteks lain, seperti foto dari filem puntianak yang mengumumkan serangan di bandar anda.

C - Sumber tidak rasmi mengumumkan sesuatu berita

Ya. Laman web yang tidak diiktiraf yang mendakwa mempunyai berita sahih sering berkongsi berita palsu. Jika beberapa sumber yang dikenali tidak berkongsi berita itu, ia mungkin tidak benar!