Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com +1234567890
BONUS
Kenali personaliti wira-wira membanteras bahaya siber kegemaran anda. Siapakah yang paling serupa dengan perwatakan anda?
Aia, si pemberontak
Dia berusia 15 tahun dan sentiasa bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, terutamanya jika ia bermakna melanggar undang-undang dan pihak berkuasa. Rambutnya hitam dan panjang, dengan satu jalur merah.
Dia memakai jaket berhud dan suka memasukkan tangannya ke dalam poket. Dia tersengih dengan mata yang sepet. Dia licik. Dia gemar masuk tanpa kebenaran dan tidak meninggalkan sebarang kesan, sama ada ia sebuah bilik, bangunan, komputer ataupun pelayan komputer.
Ben, si cermat
Usianya 16 tahun dan seorang yang bertimbang rasa. Dia tidak tergesa-gesa dan banyak berfikir. Dia yang paling kuat dalam kumpulan ini. DIa memakai kemeja T berwarna cerah, seluar jeans, kasut sukan dan dia seorang yang tegap.
Apabila dia menekan papan kekunci, dia lakukannya tanpa ragu-ragu kerana dia sudah fikirkan masak-masak. Dalam kumpulan ini, dialah pemimpin sejati yang boleh menyakinkan dan menenangkan orang lain.
Clara, si optimis
Clara berumur 15 tahun dan seorang yang berfikiran positif – baginya, semua harus dicuba. Dia sedia menghadapi cabaran, sering membawa manisan ke markas mereka, untuk dikongsi dan dia memakai wangian berbau ceri.
Bagi Clara tiada perkara yang terlalu serius, walaupun kumpulan mereka sering merasakan sebaliknya.
Liam, si pengikut
Dia berusia 13 tahun, dan adik lelaki Aia. Di sekolah, semua orang suka mempersendakannya kerana dia suka menggilap kasut dan memakai tali leher, tapi dia memakainya di dalam kemeja T, agar tidak dilihat dan disedari oleh orang lain.
Dia seseorang yang akan membaca semua terma dan syarat yang perlu kita persetujui sebelum mendaftar di laman web. Hanya dia seorang sahaja yang buat begitu dan dia menyedarinya… Tapi rakan-rakannya percaya sikap ini pasti berguna satu hari nanti! Bila? Mereka tidak pasti, tapi satu hari nanti…
Sango, si perisau
Dia berusia 15 tahun dan selalu curiga dengan semua perkara dan semua orang. Dia seseorang yang akan menukar kata laluannya tiga kali sehari dan tidak menyimpan apa-apa di dalam storan awan. Soalan yang sering bermain di fikirannya ialah: “Siapakah di sebalik semua ini?”. Dia seorang yang langsing, tidak boleh duduk diam dan sentiasa ada helah menyelesaikan masalah.
Dia juga selalu berkata: ” Saya tak sedap hati. Saya tak tahu kenapa, tapi saya tak sedap hati…” dan dia juga selalu berkata “Saya dah cakap dah”. Namun, dialah orang yang akan dicari jika kumpulan mereka buntu dan tidak tahu apa hendak dilakukan.
Anda boleh menjadi ahli kelab Muat turun and cetak poster ini untuk tampal di bilik, tunjukkan kepada ibu bapa, bawa ke sekolah, berikan kepada kawan-kawan anda…