Populate the sidearea with useful widgets. It’s simple to add images, categories, latest post, social media icon links, tag clouds, and more.
hello@youremail.com +1234567890
AI BUKANLAH OTAK ANDA
Telefon bimbit tidak dibenarkan pada hari peperiksaan ... Clara tercengang.
– Kongsi cerita ini –
– Kongsi cerita ini –
UJI PEMAHAMAN ANDA
Adakah kamu akan terperangkap dalam perangkap AI? Cuba kuiz mini kami untuk mengetahuinya! 😉
SOALAN 1
Mengapa Clara berasa seolah-olah dia ‘tahu’ walaupun dia sebenarnya belum ‘belajar’?
A. Kerana dia telah menghafal jawapan yang didiktekan oleh AI kepadanya.
SALAH. Dia tidak menghafal jawapan, dia tidak menyimpan apa-apa, hanya bergantung pada mesin untuk menjawab soalan.
B. Kerana dia keliru antara mengetahui dan belajar.
BETUL. AI itu memberinya jawapan yang betul, tetapi juga memberi ilusi penguasaan kepadanya dimana dia tidak perlu berusaha untuk memahami atau menghafal. Dengan menyalin AI tanpa berfikir, seseorang tidak mengembangkan daya ingatan mahupun pemikiran kritis. AI hanyalah alat, ia adalah sebuah mesin: ia boleh membantu anda, tetapi terpulang kepada anda untuk, berfikir sendiri, dan menyoal diri sendiri. Itulah cara otak anda belajar! Sama seperti atlet melatih otot mereka, otak juga mesti dilatih setiap hari untuk kekal berkesan. AI boleh membantu memahami beberapa perkara dalam pelajaran, membantu kita menyusun jawapan, dan mengajukan soalan untuk memastikan kamu benar-benar mengingati pelajaran tersebut. Hanya pembelajaran aktif yang membolehkan pengekalan yang berpanjangan.
C. Kerana rakan-rakannya membantunya mengingat.
SALAH. Dia tidak pernah mengulang kaji bersama rakan-rakannya. Dia hanya bergantung kepada AI untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan. Ini berisiko untuk gred anda, terutamanya jika AI ‘merekakan’ jawapan.
SOALAN 2
Mengapakah Aïa lebih mudah mengingati maklumat apabila dia mengulang kaji bersama Sango dan Ben?
A. Kerana mereka berjenaka pada setiap soalan.
SALAH. Walaupun seronok, jenaka tidak membantu kita belajar dengan baik.
B. Kerana dengan mengemukakan soalan dan berbincang, dia lebih memahami jawapannya.
BETUL. Belajar dalam kumpulan bermakna kita bercakap, bertanya, dan buat ayat semula. Ini sangat membantu kita faham dan ingat apa yang dipelajari. Berbual dan berkongsi penting dalam belajar. Membuat ulang kaji di tempat yang berbeza juga baik untuk ingatan. Dan mengemukakan soalan dalam pelbagai konteks menjadikan ingatan lebih kuat! Setiap orang mempunyai kaedah mereka sendiri untuk belajar: ada yang perlu membaca berulang kali, ada yang perlu menulis dan membuat nota, dan ada yang perlu menghafal dengan nyaring. Ini memerlukan kita mengenali diri sendiri dan berfikir sendiri untuk menhubungkan pengetahuan dalam otak kita.
C. Kerana dia mencipta satu teknik rahsia: telepati ruang.
SALAH. Tiada teknik ajaib; hanya satu cara terbaik iaitu melatih otak anda.
SOALAN 3
Mengapa menggunakan TopMindXXL sepanjang masa, untuk setiap carian, bukanlah idea yang baik untuk planet ini?
A. Kerana TopMindXXL mengambil alih kawalan telefon pada waktu malam.
SALAH. Ini adalah satu mitos.
B. Kerana AI mengunakan banyak tenaga bateri... dan juga sumber-sumber planet ini!
BETUL. AI memerlukan pelayan (servers) besar yang beroperasi 24/7 dan menggunakan banyak elektrik. Untuk melatih model AI, pusat data menggunakan beribu-ribu pemproses (processors). Selain itu, banyak air diperlukan untuk menyejukkan pelayan (servers) yang besar ini. Semua ini menggunakan sumber daya planet kita*. Sesetengah orang sangat bimbang tentang penggunaan sumber ini dan perubahan iklim. Ini dipanggil kebimbangan ekologi (eco-anxiety).
* Menanyakan soalan kepada AI adalah seperti menyalakan lampu LED kecil selama beberapa minit. Tanya sekali tidak banyak… Tetapi jika AI menerima berjuta-juta soalan setiap hari, ia sama seperti menyala semua lampu di sebuah bandar besar sepanjang masa.
C. Kerana ia tidak tahu ibu negara Perancis.
SALAH. AI boleh memberi jawapan apabila soalan ditanya dengan betul. Walau bagaimanapun, untuk soalan yang mudah, enjin carian (seperti Google search) adalah lebih berkesan dan menggunakan lebih kurang elektrik.